Nation
10K

Rahman Dahlan pula letak jawatan

Kuala Lumpur – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini, meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuat kuasa serta-merta.

Ketua UMNO Bahagian Tuaran itu berkata, ia selaras dengan ketetapan yang sudah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas dan sebagai Ahli MKT UMNO, beliau patuh dan setia dengan ketetapan parti.

“Saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah dengan serta-merta,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan UMS kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatannya di universiti itu.

Abdul Rahman, bekas Ahli Parlimen Kota Belud, dilantik ke jawatan itu pada 3 Februari lalu, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu