Social
844
0

Rahsia kecurangan suami, anak angkat terbongkar

Sydney – Luluh hati seorang wanita di Australia apabila mengetahui suaminya curang bersama anak angkat mereka sehingga remaja itu hamil.

Wanita itu yang berasal dari Vietnam berkahwin dan menetap bersama suaminya di Australia.

Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan empat anak lelaki namun lelaki itu mahukan anak perempuan.

Mereka kemudian sepakat mengambil anak angkat iaitu anak saudara wanita itu yang ketika itu hanya berusia enam tahun.

Selepas 10 tahun, anak itu membesar menjadi remaja yang cantik dan amat rapat dengan suaminya.

Siapa sangka ketika ketiadaannya di rumah, remaja itu rupanya tergamak melakukan hubungan terlarang dengan suaminya, hingga hamil.

Menurut wanita itu, rahsia kedua-duanya terbongkar selepas dia sangsi melihat perubahan bentuk badan anak angkatnya itu selain sikap suaminya yang semakin dingin.

Katanya, apa yang menyedihkan, hubungan suami dan anak perempuan angkatnya itu sudah lama diketahui oleh ibu kandung remaja terbabit.

“Saya tidak mahu bertolak ansur lagi dan mahu berterus-terang dengannya.

“Saya syak dia lakukan semua ini kerana mahukan status penduduk tetap Australia.

“Saya juga memutuskan bercerai dengan suami saya,” katanya dalam portal ET Today yang dipetik Tribunnews.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu