Nation
161

Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara untuk Perbincangan Khas

Kuala Lumpur – Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara, hari ini bagi menghadiri sesi Perbincangan Khas bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Antara yang terawal memasuki pekarangan pintu Istana Negara adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang tiba pada 11.02 pagi.

Ia kemudian diikuti Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memasuki pekarangan pintu utama Istana Negara pada jam 12 tengah hari.

Petugas media juga sudah ‘berkampung’ di hadapan pintu utama Istana Negara sejak jam 11.30 pagi, sementara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut kawalan keselamatan ketat di lokasi.

Perbincangan khas itu dijangka bermula jam 2.30 petang ini.

Selain Raja-Raja Melayu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dijangka mengetuai beberapa ketua agensi kerajaan bagi memberi taklimat dalam perbincangan khas itu.

Selain Mohd Zuki, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga dijangka menghadiri Perbincangan Khas itu.

Perbincangan Khas itu yang juga inisiatif Al-Sultan Abdullah bagi membincangkan usaha memerangi pandemik Covid-19 di negara ini termasuk pelaksanaannya ketika tempoh darurat yang sedang berjalan ketika ini. — Harian Metro

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu