Social
4K

Rakaman CCTV makanan ‘food bank’ disapu 3 individu tular

Kuala Lumpur – Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dilihat tindakan seorang lelaki dan dua wanita mengambil kesemua makanan “food bank” disediakan dan memasukkannya dalam bungkusan plastik tular semalam.

Perbuatan pada waktu malam itu menerima kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Menurut laporan Kosmo Online, Seorang netizen mempersoalkan sama individu terbabit mungkin mengambilnya untuk dijual semula.

Ada juga netizen menyarankan supaya “food bank” dijaga supaya tiada pihak mengambil kesempatan.

“Ramai orang lain memerlukan barangan makanan tersebut. Jangan tamak,” kata netizen lain.

Lokasi kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu