Kuala Lumpur Post

Nation

Rakyat Sarawak kehilangan negarawan yang dihormati : PM Anwar

PETALING JAYA – Rakyat Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati susulan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud ke rahmatullah pagi ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya.

“Berdukacita atas pemergian mantan Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi.

“Saya mewakili pentadbiran Kerajaan Madani mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak,” katanya dalam satu hantaran di media sosial pagi ini.

Abdul Taib meninggal dunia sekitar jam 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Berita duka pemergian Abdul Taib ke rahmatullah disahkan anak bongsu beliau, Datuk Hanifah Hajar Taib di Facebook hari ini.