Kuala Lumpur Post

Social

Rangka manusia dengan kesan dibakar ditemui di tepi jalan

KALABAKAN —  Satu rangka manusia ditemukan di tepi jalan berhampiran sebuah ladang, di Bukit Tukok, dekat sini pagi tadi.

Difahamkan, rangka dalam keadaan terlentang dengan kesan seolah-olah dibakar ditemukan penduduk yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkannya kepada polis kira-kira 9.30 pagi.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang petunjuk berhubung identiti mangsa termasuk jantinanya

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penermuan itu.

Katanya, kes berkenaan masih dalam peringkat siasatan awal Balai Polis Kalabakan dan rangka berkenaan sudah dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan masih laporan hasil bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta supaya tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Penemuan rangka itu turut tular di media sosial.

Tags: , ,