Social
195

Rasuah : Anggota polis ditahan SPRM

Kota Kinabalu – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal  ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah semalam.  Kerana menerima suapan berjumlah RM3,500.

Anggota bertugas di salah sebuah daerah di negeri ini meminta rasuah berkenaan daripada seorang lelaki warga Pakistan sebagai balasan untuk memulangkan semula barangan ditahan iaitu sebuah motosikal, buku hutang dan passport milik mangsa.

“Suspek yang berusia dalam lingkungan 20an itu ditahan di sebuah daerah kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Turut dirampas, wang RM3,500 yang dipercayai diterima secara rasuah,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini, lapor Kosmo Online.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu