Social
124

Rasuah: Pengarah GLC bebas dengan jaminan SPRM

Ipoh – Seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang direman bagi membantu siasatan salah guna kuasa sejak 21 April lepas, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Noor Azna Tajul Anuar membenarkan lelaki berusia 50 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin.

Lelaki itu kemudian dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi di Mahkamah Majistret di sini selepas membayar wang jaminan tersebut .

Lelaki berkenaan didakwa melantik sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja di GLC berkenaan berjumlah RM95,000 yang beliau sendiri mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Sebelum ini, pengarah GLC itu direman selama enam hari sejak 21 April lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu