Social
153

Ratu cantik Sri Lanka kekalkan gelaran selepas bergaduh di atas pentas

Colombo – Seorang pemenang pertandingan ratu cantik Sri Lanka diisytiharkan semula sebagai juara selepas mahkota kemenangannya direntap oleh pemenang tahun lalu dalam satu pergaduhan di atas pentas.

Pushpika de Silva memerlukan rawatan hospital selepas insiden pada malam pertandingan tersebut Ahad lalu.Dia dinamakan semula sebagai Mrs Sri Lanka dalam satu majlis lebih kecil semalam.

“Saya memaafkan semua orang dalam insiden ini.

“Sekiranya sesiapa berfikir bahawa mereka dapat menghalang saya dengan melakukan  perkara seperti ini, mereka tidak akan berjaya, saya adalah seorang wanita besi,” katanya kepada pemberita semalam.

Pushpika bagaimanapun berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyerangnya, Caroline Jurie. Wanita itu adalah johan dan penyandang gelaran ratu cantik Mrs World.

Caroline secara paksa menanggalkan mahkota Pushpika di atas pentas dengan alasan wanita itu sudah  bercerai dan tidak layak diisytiharkan sebagai pemenang.

Untuk layak menyandang gelaran tersebut, peserta pertandingan itu  perlu bergelar isteri. Pushpika sudah berpisah daripada suaminya tetapi mereka masih belum bercerai secara sah. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu