Nation
258

Rayuan lucut hak jutaan ringgit milik UMNO, Wanita MCA dan 6 yang lain ditolak

Putrajaya – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang jutaan ringgit milik UMNO dan Wanita MCA serta enam entiti lain.

Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang RM192,965,413.61 milik UMNO; Wanita MCA (RM300,000), Perano iaitu sebuah syarikat menjual hijab dan Binsabi Sdn Bhd, yang membekalkan khemah, masing-masing membabitkan jumlah RM337,634.78 dan RM827,250; Habib Jewels Sdn Bhd (RM100,000); K&Z Enterprise Sdn Bhd (RM138,359.60); Badan Perhubungan UMNO Kedah (RM1.05 juta) dan Hattatex Trading (RM111,590).

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Abu Bakar Jais juga membenarkan rayuan oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan pendakwaan untuk melucut hak RM2,479,300.18 yang disita daripada badan perhubungan UMNO negeri itu.

“Mahkamah mendapati hakim perbicaraan telah melakukan kesalahan dan mengabaikan fakta bahawa wang tersebut telah dibelanjakan, tidak ada lagi dan wang yang disita adalah dari sumber lain dan merupakan wang yang sah.

“Oleh itu, kami membenarkan rayuan perayu (UMNO Pahang) dan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi,” kata Hakim Hadhariah ketika membaca keputusan ringkas dalam prosiding secara maya.

Wang itu, yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu