Social
132
0

Remaja disyaki dirogol dalam lokap, dua polis digantung kerja

Kuching – Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Januari lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan itu sama ada terdapat kecuaian anggota pasukan keselamatan tersebut ketika bertugas.

“Dua anggota yang bertugas ketika kejadian itu berlaku telah digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan,” katanya ringkas kepada Bernama semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai remaja perempuan itu.

Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau semalam mendedahkan bahawa satu laporan telah dibuat oleh seorang remaja perempuan di Balai Polis Pusat Miri yang mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain semasa berada di dalam lokap di balai tersebut. — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu