Social
541

Remaja mati dipukul, ditikam 25 kali

North Dakota – Nasib malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun apabila dicekik, dipukul dan ditikam 25 kali oleh seorang lelaki semasa bermain papan luncur di kawasan perumahannya.

Difahamkan, mangsa sedang bermain papan luncur dari rumah ayahnya untuk menuju ke rumah ibunya semasa serangan itu.

Lapor Metro, Daisey Paulsen ditemukan mati berlumuran darah dan tidak sedarkan diri selepas empat hari bertarung nyawa, Selasa lalu di Fargo, North Dakota.

Suspek Arthur Kollie, 23, ditahan selepas pekerja sampah melihat dia berdiri di sebelah Daisey.

Dia didakwa melakukan jenayah itu kerana khayal akibat mengambil dadah jenis syabu.

Menurut mahkamah, suspek memaklumkan kepada pihak polsi dia mengambil syabu pada waktu tengah hari sebelum kejadian itu dan langsung tidak mengingati insiden tersebut.

Lelaki itu turut menafikan dia terlibat dalam serangan itu.

Kollie menghadapi pertuduhan membunuh, merompak dan serangan ganas terhadap kanak-kanak. — Metro

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu