Social
371

Remaja perempuan 15 tahun dirogol 4 lelaki

Lampung – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol oleh empat lelaki secara bergilir-gilir di sawah padi di Bulok, Tanggamus.

Tribunnews melaporkan, mangsa diperdaya dengan minuman keras sehingga tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Pardasuka, Lukman Hakim mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mangsa berjumpa kesemua suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun di kompleks pejabat Pringsewu.

Mereka kemudian bergerak ke Sukorejo sebelum singgah di Pasar Terminal Pringsewu untuk membeli arak.

“Suspek kemudian singgah ke Pekan Sumberagung untuk membeli minuman beralkohol tuak dan mencampurkan kedua-dua jenis arak tersebut.

“Mereka berpesta dan bersuka ria sebelum kejadian tidak bermoral itu berlaku,” katanya. – Tribunnews

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu