Social
406
0

Remaja perempuan diberkas kurang 24 jam selepas buang bayi

Shah Alam – Seorang remaja perempuan diberkas kurang 24 jam selepas disyaki membuang bayinya di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan kira-kira 10 malam tadi, selepas dia hadir memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah berkenaan.

“Suspek mengaku membuang bayi perempuannya berhampiran dengan rumah ibu tirinya.

“Semakan kami mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan dia kini masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Shamsul Amar berkata suspek direman empat hari hingga Isnin ini mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat serta uri ditemukan oleh seorang lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan kira-kira 12.08 tengah hari. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu