Social
119

Remaja putus dua jari akibat mercun bola

Kota Bharu – Seorang pelajar tingkatan empat putus dua jari tangan kanannya akibat bermain mercun bola dalam kejadian di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, malam Isnin lalu.

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu mengakibatkan remaja itu putus jari telunjuk dan tengah selain mengalami kecederaan pada tapak tangan.

Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, mangsa dipercayai sedang bermain mercun seorang diri di rumahnya pada malam tersebut.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memegang mercun bola pada tangan kanan manakala tangan kirinya memegang pemetik api.

“Mangsa kemudian mencucuh mercun bola, namun tidak sempat melontar sebelum ia meletup dalam gengaman tangannya.

“Keluarga yang menyedari kejadian itu ternampak mangsa menggelupur dalam kesakitan lalu bergegas membawanya ke klinik berhampiran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, kecederaan parah yang dialami mangsa perlu dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, mangsa kini dilapor berada dalam keadaan stabil di hospital itu. – Kosmo Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu