Nation
133

Rentas negeri, ziarah raya punca kluster terbesar di Hulu Terengganu

Kuala Terengganu – Kluster Kampung Matang iaitu kluster terbesar di daerah Hulu Terengganu yang sehingga kini mencatat 127 kes positif COVID-19 adalah berpunca daripada aktiviti rentas negeri dan ziarah raya pada Aidilfitri baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata pada mulanya 19 individu daripada dua keluarga dikesan positif COVID-19 namun penularan terus berlaku hingga menjangkiti rakan sekerja dan jemaah masjid.

“Sehingga kini, kluster Kampung Matang telah merebak ke tiga kampung yang lain iaitu Felcra Bukit Kepah, Kampung Tengkawang dan Kampung Pulau Kudat dan ia masih aktif.

“Sebanyak 127 kes positif COVID-19 yang dikesan dari kluster ini telah merebak hingga generasi kelima. Kontak rapat sahaja seramai 725 orang tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa kampung dan sehingga kini ada 975 sampel sedang menunggu keputusan,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Dr Nor Azimi berharap kisah-kisah penularan COVID-19 yang sering dikongsikan di Facebooknya itu dapat dijadikan iktibar oleh masyarakat agar tidak memandang ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jika keadaan begini berterusan dan kluster baharu pula tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster itu serentak. Mampukah kita landaikan lekuk epid dalam masa dua minggu ini?.

“Kawalan kendiri sangat penting. Jika kita kekal duduk di rumah, kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. Insya-Allah kerana mencegah itu sangat lebih baik daripada merawat,” katanya. — Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu