Nation
309

RM2.1 bilion tambahan untuk BPR

Kuala Lumpur – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan mahu terus mengutamakan agenda prihatin rakyat bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan rentan dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Beliau berkata, bagi kategori isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 manakala isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300 dan orang bujang pula akan menerima RM100.

“BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun nanti. Bayaran ini adalah tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR September kelak sebanyak RM2.4 bilion,” katanya. – BH Online

Berita lanjut menyusul

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu