Social
809

Rogol anak kandung : Juruteknik mengaku tak bersalah

Butterworth – Juruteknik kilang berdepan dengan 13 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandung sejak 12 tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh berusia 45 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhayati Mohamad Yunus.

Mengikut kesemua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan berkenaan antara 2009 hingga 2020.

Bagi pertuduhan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Bagi kesalahan amang seksual, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Muhammad Syeqal berkata, tertuduh memohon kepada mahkamah supaya dirinya boleh diikat jamin namun tiada sebarang jaminan ditawarkan.

“Ini kerana tertuduh tinggal bersama anak perempuannya (mangsa). Oleh itu, tiada sebarang jaminan ditawarkan kepadanya,” katanya di sini, hari ini.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam tertuduh dijatuhi hukuman 18 bulan penjara dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul anak perempuannya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha.

Baru-baru ini media melaporkan penderitaan remaja berusia 18 tahun yang menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandungnya sejak dia berusia enam tahun.

Ia terbongkar selepas mangsa yang tinggal di sebuah rumah di Bukit Mertajam tampil membuat laporan polis. — Harian Metro

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu