Nation
205
0

Rosmah diperintah bela diri terhadap 3 tuduhan rasuah

Kuala Lumpur – Datin Seri Rosmah Mansor diarah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan rasuah berhubung projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu.

Dalam penghakimannya ringkasnya, ketika memutuskan demikian, Mohamed Zaini berkata terdapat bukti terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas Rosmah.

Sebelum ini pada 10 Februari lalu di akhir kes pendakwaan mahkamah telah mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 hingga 7 September 2017. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu