Kuala Lumpur Post

Nation

Rosmah hadir ke mesyuarat MKT UMNO?

KUALA LUMPUR — Kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato’ Onn, di sini, sebentar tadi menimbulkan persoalan pengamal media.

Beliau yang tiba sekitar jam 8 malam, diiringi seorang wanita, yang dipercayai pegawainya.

Ketika pengamal media mendekatinya termasuk mahu mengambil gambar, Rosmah meminta media supaya tidak berbuat demikian.

Pegawai Rosmah turut menegur jurugambar supaya tidak mengambil gambar isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

“No picture, no picture (jangan ambil gambar),” katanya.

Kehadiran Rosmah itu mungkin bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengerusikan mesyuarat MKT, malam ini, lapor BH Online.

Tags: ,