Nation
270
0

Saarani mula tugas MB Perak Ke-14

Ipoh – Datuk Saarani Mohamad yang dipilih sebagai Menteri Besar Perak Ke-14 memulakan tugasnya secara rasmi hari ini.

Beliau tiba di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 9 pagi ini.

Saarani, 59, tiba di Bangunan SUK dengan berpakaian baju Melayu lengkap bersamping hijau disambut Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan.

Saarani dijangka mengadakan sidang media pertamanya di Dewan Bankuet dalam masa terdekat sebaik selesai sesi taklimat ringkas di Pejabat Menteri Besar. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu