Nation
239

Sabah beralih ke Fasa 2 PPN mulai Sabtu

Kuala Lumpur – Selepas Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang, Sabah menjadi negeri terbaharu beralih kepada Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Sabtu ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan keputusan dibuat setelah meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri itu.

“Sidang Khas MKN bersetuju membuat peralihan fasa bagi negeri Sabah daripada Fasa Satu ke Fasa Dua berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan.

“Maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang telah ditetapkan bagi Fasa Dua boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan PPN hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mengumumkan lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis beralih ke Fasa Kedua mulai 5 Julai sekali gus membolehkan perluasan senarai positif sektor ekonomi termasuk kedai gunting rambut.

Beliau kemudian mengumumkan Pulau Pinang turut beralih ke Fasa Dua mulai semalam.

Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan kepada Fasa Dua PPN iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi penduduk yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu