Nation
4K

Sabah kekal keputusan benarkan makan di restoran : Ketua Menteri

Kota Kinabalu – Kerajaan Sabah mengekalkan keputusan untuk membenarkan aktiviti makan di restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata keputusan kerajaan negeri berhubung is berkenaan telah dilaksanakan pada 29 Jun lepas, dan kini masih kekal tidak berubah ketika pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini adalah pendirian kami,” kata Hajiji dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sabah beralih ke Fasa Dua PPN, mulai hari ini.

PPN terbahagi kepada empat fasa dengan Fasa Satu menetapkan prosedur operasi standard (SOP) paling ketat dalam kawalan pergerakan orang ramai untuk mengekang penularan COVID-19, manakala SOP dalam Fasa Empat lebih longgar, lapor Bernama.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu