Social
126

Saintis: Pencemaran punca kemaluan lelaki makin mengecil

London – Seorang saintis utama dunia mendakwa bahawa pencemaran berisiko mengakibatkan bayi lelaki dilahirkan dengan zakar yang semakin mengecil, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dr. Shanna Swan dalam buku yang ditulisnya baru-baru ini menjelaskan hubung kait antara penggunaan bahan kimia industri dalam produk harian dengan zakar lebih kecil, bilangan sperma rendah dan kegagalan ereksi.

Beliau percaya zakar mengecil dan bilangan sperma rendah berpunca daripada phthalates iaitu kumpulan bahan kimia yang dijumpai dalam pembuatan plastik dan turut memberi kesan kepada penghasilan hormon endokrin.

Bahan kimia tersebut boleh dipindahkan menerusi penyusuan badan serta berpotensi memberi kesan kepada bayi sejak berada di dalam rahim ibu.

Ia seterusnya berisiko mendatangkan pelbagai masalah lain seperti IQ lebih rendah, kelahiran pramatang, tahap testosteron rendah serta zakar yang mengecil.

“Bayi-bayi kini memasuki dunia yang telah tercemar dengan pelbagai bahan kimia disebabkan bahan yang mereka serap di dalam rahim,” tulisnya dalam bukunya itu.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa pencemaran juga boleh memberi kesan kepada keinginan batin lelaki.

“Ya, kami juga menemui hubung kait antara kandungan phthalate wanita dan kepuasan seksual mereka.

“Penyelidik di China turut mendapati pekerja yang mempunyai kandungan bisphenol A lebih tinggi, dikenali sebagai BPA dalam darah mereka adalah lebih berisiko mempunyai masalah seksual termasuk keinginan seksual yang menurun,” ujarnya.

Sebelum ini, satu kajian oleh pasukan saintis Itali pada 2018 mendapati bahawa bayi lelaki berpotensi mempunyai zakar lebih kecil kecil jika ibu bapa mereka terdedah kepada kandungan bahan kimia yang tinggi. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu