Nation
734

Saintis : Varian Covid-19 berasal daripada anjing di Malaysia

Washington – Saintis dikatakan telah menemui satu jenis koronavirus yang dipercayai berasal daripada anjing dan apa yang dikatakan jenis kelapan yang menyebabkan manusia jatuh sakit, lapor akhbar New York Post semalam.

Penyelidik bagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases berkata, penemuan itu adalah daripada pesakit dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru pada 2017 hingga 2018 menggariskan ancaman kesihatan awam terhadap coronavirus haiwan.

Penyelidik berkata telah menguji sampel ujian calitan hidung yang diambil daripada 301 pesakit radang paru-paru di sebuah hospital di Sarawak.

Lapan daripadanya yang kebanyakannya adalah kanak-kanak berusia bawah lima tahun didapati positif koronavirus anjing.

Genomik tambahan juga mendapati strain CCoV-HuPn-2018 itu memiliki ciri-ciri yang sama dengan virus lain yang telah menjangkiti kucing dan khinzir namun kebanyakannya sama dengan sejenis virus yang menjangkiti anjing.

Ia juga membawa mutasi genetik yang tidak ditemukan pada koronavirus anjing yang diketahui, tetapi terdapat pada strain manusia seperti SARS-COV dan SARS-COV-2, virus yang membawa maut di sebalik pandemik Covid-19.

Para saintis berkata, penemuan itu menunjukkan bahawa virus itu baru-baru ini berpindah dari haiwan ke manusia, tetapi menekankan bahawa kajian tambahan diperlukan untuk menentukan sama ada ia dapat merebak sesama manusia.

Penulis kajian juga berkata, tidak jelas adakah virus itu boleh menyebabkan penyakit dan menambah bahawa mungkin hanya ‘dibawa’ dalam saluran udara pesakit tanpa menyebabkan penyakit.

Terdapat tujuh koronavirus yang diketahui menyebabkan penyakit pada manusia – empat menyebabkan selesema biasa manakala tiga yang lain menyebabkan penyakit yang biasa dikenali sebagai SARS, MERS dan Covid-19. -Agensi

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu