Nation
688

Saksi: Ahmad Zahid ada terima RM6 juta

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Ahmad Zahid Hamidi telah menerima RM6 juta melalui dua pemberian cek daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad (DGB) selepas berlaku kekurangan pasport pada tahun 2016.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) Mohd. Hizar Farhan Hamidi yang merupakan saksi ke – 91 berkata, selepas Syarikat Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB) dianugerahkan kontrak itu selama lima tahun berlaku masalah kekurangan pasport.

Pada sama seorang saksi iaitu Timbalan Pengarah Urusan DGB Chew Ben Ben telah dipanggil untuk berjumpa dengan tertuduh pada 16 September 2016.

“Beberapa bulan kemudian iaitu pada pertengahan bulan April 2017, saksi itu (Ben Ben) telah dipanggil untuk berjumpa dengan tertuduh di kediaman rasmi di Seri Satria, Putrajaya dan selepas perjumpaan itu saksi itu telah menyerahkan dua keping cek berjumlah RM6 juta kepada tertuduh,” katanya.

Sementara itu berhubung penganugerahan kontrak pembekalan cip pasport daripada Kementerian Kewangan DTSB saksi itu berkata ia adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul pada tahun 2015.

Bagaimanapun saksi itu memaklumkan tanpa persetujuan tertuduh yang ketika itu selaku Menteri Dalam Negeri, Kementerian Kewangan tidak akan menganugerahkan kontrak itu kepada syarikat tersebut.

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi esok.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu