Social
347

Saksi perbicaraan kes pukul, bakar mangsa diburu

Kuala Lumpur – Polis sedang mengesan dua saksi penting dalam perbicaraan kes jenayah di Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan seorang lelaki tempatan yang cedera parah akibat dipukul dan dibakar sehingga meninggal dunia pada 2 Sept 2019.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dua saksi berkenaan ialah Rusdin Razali, 23, dan Mohd Saiful Anuar Yaccob, 39.

Beliau berkata lelaki yang dipukul dan dibakar itu meninggal dunia di sebuah hospital di sini, dan suspek yang didapati terlibat sudah ditangkap serta didakwa di mahkamah.

Rusdin Razali alamat terakhir di Taman Harmoni Indah, Balakong manakala Mohd Saiful Anuar Yaccob pula di Pangsapuri Sri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata polis memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan saksi tersebut atau mereka sendiri tampil ke mahkamah pada perbicaraan kes itu yang ditetapkan 23 dan 24 Sept (Khamis dan Jumaat ini) serta 11 dan 12 Okt depan, lapor Bernama.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu