Nation
138

Saman sivil 1MDB: Sri Ram wakili firma guaman, tiada konflik kepentingan

Kuala Lumpur – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan mewakili firma guaman Tetuan Wong & Partners dan rakan kongsinya Brian Chia Hock Gee yang berdepan saman US$1 bilion yang difailkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap mereka.

Ketika dihubungi Bernama, Sri Ram berkata tidak terdapat sebarang konflik kepentingan berhubung tindakan beliau mewakili kedua-dua firma guaman dalam saman sivil itu.

“Tidak ada konflik. Brian adalah saksi penting saya dalam perbicaraan kes 1MDB-Tanore yang sedang berlangsung.

“Beliau adalah rakan kongsi Tetuan Wong & Partners dan merupakan sasaran utama dalam saman itu. Saya perlu mewakili beliau dalam kedua-dua kes,” kata Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes jenayah membabitkan skandal 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 10 Mei lepas, Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan sejumlah 22 saman sivil bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk kira-kira RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei lepas iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Saman itu difailkan 1MDB terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala SRC memfailkan saman terhadap lapan entiti serta 15 individu atas pelbagai salah laku.

Antara saman yang difailkan ke atas Tetuan Wong & Partners serta Brian ialah bagi mendapatkan semula US$1 bilion dan pembayaran fi perundangan sebanyak RM664,821.21 bagi peranan yang didakwa dimainkan mereka dalam frod itu. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu