Social
335

Sangka bom tangan rupanya power bank

Kuala Lumpur – Pekerja sebuah tapak pembinaan bangunan di ibu negara digemparkan dengan penemuan satu objek dipercayai ‘bom tangan’, kelmarin.

Bagaimanapun pemeriksaan polis mendapati objek itu sebenarnya hanyalah ‘power bank’ berbentuk bom tangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan penemuan objek berkenaan daripada seorang pekerja di tapak pembinaan itu kira-kira jam 12.50 tengah hari.

“Pengadu memaklumkan menemui objek berkenaan ketika sedang melakukan kerja-kerja mengorek tanah di tapak pembinaan itu.

“Sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bergegas ke lokasi sebelum anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dipanggil untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, susulan pemeriksaan yang dijalankan, pasukan UPB mengesahkan objek yang ditemui di lokasi kejadian itu adalah sebuah ‘power bank’ dan bukannya bom tangan.

Beliau turut memaklumkan, walaupun kes berkenaan dianggap salah faham namun pihaknya sentiasa bersiap sedia dan menjalankan siasatan atas setiap aduan yang dibuat oleh awam. – BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu