Nation
60

Satu lokaliti di Pahang, Sabah dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Satu lokaliti masing-masing di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa depan hingga 27 Sept, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata lokaliti di Pahang ialah Rancangan Rumah Murah (RRM) Kampung Kolek di Sungai Lembing, Kuantan manakala di Sabah melibatkan Perumahan IOI Plantations Unico Oil Mill Sdn Bhd di Segama, Lahad Datu.

“Prosedur operasi standard bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Rodzi berkata PKPD di Kampung Nelayan Benut, Mukim Sungai Pinggan di Pontian, Johor yang sepatutnya ditamatkan esok dilanjutkan hingga 20 Sept.

Sementara itu, tiga lokaliti yang dikenakan PKPD di Sabah ditamatkan esok mengikut jadual ditetapkan iaitu Taman Megah Jaya dan Kampung Bukit Gemuk di Tawau serta Kampung Nasakot di Ranau, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu