Nation
1K

Saya akan jumpa Khalid di mahkamah : Tun M

Petaling Jaya – Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf berhubung dakwaannya bahawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membocorkan maklumat siasatan kes membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr. Mahathir bersedia menghadapi tindakan saman RM10 juta oleh Khalid.

Dalam wawancara dengan sebuah portal berita bulan lalu, Dr. Mahathir  mendakwa usaha untuk mengambil tindakan terhadap Najib gagal kerana Khalid membocorkan maklumat.

Dr. Mahathir di laman sosialnya hari ini berkata, beliau menerima notis saman daripada peguam Khalid dan peguamnya akan mengambil tindakan susulan.

“Saya akan jumpa dia (Khalid) di mahkamah,” tulis Dr. Mahathir.

Sebelum ini, Khalid memberi  tempoh tujuh hari kepada Dr. Mahathir untuk memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang disifatkannya berunsur fitnah. – Utusan Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu