Nation
1K
0

“Saya amat sedih melihat keadaan ini“ – Saravanan

“Hamba zaman moden… lebih teruk keadaan berbanding prakemerdekaan.”

Itu reaksi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan ketika mengadakan lawatan mengejut di kemudahan penginapan pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan di Batu 13, Kajang pada Isnin.

“Saya masih tidak boleh percaya wujud tempat macam ini di Malaysia.

“Saya amat sedih melihat keadaan ini… walaupun kita pernah lihat ini ketika dijajah British sebelum kemerdekaan.

Beliau menzahirkan rasa malu dengan keadaan yang menimpa pekerja terbabit dan memberi amaran kepada majikan agar mematuhi kaedah pengendalian pekerja asing mengikut akta sedia ada.

“Saya sebagai menteri amat malu melihat keadaan seperti ini yang cukup teruk yang saya lihat setakat ini.

“Saya memberi amaran keras kepada majikan-majikan supaya mematuhi akta sedia ada dalam mengendali pekerja warga asing,” katanya kepada pemberita selepas operasi mengejut, di sini, hari ini.

Operasi satu jam yang bermula kira-kira pukul 9 pagi bersama Jabatan Tindakan Kerja Semenanjung Malaysia itu turut disertai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan terdapat 781 pekerja dengan 22 pekerja tempatan di dalam kontena yang diubah suai menjadi kemudahan penginapan.

Tinjauan Astro AWANI mendapati pekerja warga asing itu seolah ‘disumbat’ dalam satu kawasan sempit yang diburukkan lagi dengan bau hancing dan hapak.

Saravanan memaklumkan operasi mengejut itu akan diteruskan di seluruh negara. – Astro AWANI

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu