Nation
453

Saya masih dapat sokongan sebagai PM : Muhyiddin

Kuala Lumpur – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata perkara berkenaan telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis menghadap di Istana Negara, pagi ini.

Beliau menegaskan akan menentukan keabsahan dalam Sidang Parlimen September ini.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya menerusi Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini.

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu