Nation
274

Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP : Tun M

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika menghadiri sebuah program di Langkawi, 8 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata kesalahan itu dilakukan beliau semasa program sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah.

“Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP.

“Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit itu tidak mengenali sesiapa mahu pun sempadan kawasan.

“SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.

“Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya. – Astro Awani

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu