Politics
516

“Saya sudah beri amaran kepada BERSATU” : Tun M

Langkawi – Kesan buruk diterima parti yang menjalin kerjasama dengan UMNO memang sudah dijangka, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, beliau sudah memberi amaran awal mengenai kesan buruk itu tetapi tidak diendahkan pemimpin BERSATU.

“Saya bagi amaran bukan senang BERSATU nak kerjasama dengan UMNO kerana UMNO lebih kuat dari BERSATU dan BERSATU parti baharu.

“Mereka kata boleh tangani masalah dan sekarang ini kita lihat UMNO tidak mahu BERSATU,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan mesra di Pantai Chenang, hari ini.

Beliau mengulas usul diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang UMNO akan memutuskan kerjasama politik dengan BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, BERSATU turut dilihat berhadapan krisis politik dengan beberapa parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS.

“Ketika ini kalau dibuat PRU-15, tiada parti yang akan menang dan boleh berkuasa (bersendirian) selaku parti dominan, malah akan berlaku seperti sekarang juga.

“Perlu ada gabungan antara parti kerana di Malaysia belum pernah diperintah sebuah parti,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu