Nation
312

Saya tidak guna mata wang kripto : Tun M

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak menggunakan mata wang kripto dan hanya berpegang kepada mata wang fiat atau wang fizikal.

Dr Mahathir berkata beliau juga tidak menggalakkan orang ramai menggunakan mata wang kripto dan sekiranya terdapat promosi dalam iklan atau laman web yang kononnya beliau menasihatkan sedemikian, selain beri dorongan supaya melabur dalam mata wang tersebut, kesemuanya itu adalah palsu.

Beliau berkata pejabatnya pernah membuat laporan terhadap iklan sedemikian dan menjelaskan penipuan serta pemalsuan menggunakan namanya berlaku, sebelum penggunaan media sosial dan Internet secara berleluasa.

“Dari dulu juga ada yang terpedaya dengan promosi palsu peluang niaga yang kononnya libatkan diri saya. Ada laporan dibuat dan tindakan diambil, ada yang tidak.

“Sesiapa yang sangsi, boleh periksa dengan pejabat saya. Saya tidak pernah dan tak akan terlibat dengan apa-apa skim cepat kaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata terpulang kepada individu sekiranya mahu percayakan laporan palsu yang menyatakan beliau mempunyai kekayaan berbilion sambil menjelaskan, beliau telah membuat pengisytiharan harta ketika berkhidmat dalam kerajaan.

“Yang nyata manusia bermacam ragam, ada yang cerdik, ada yang kurang. Ada juga yang pandai tak terikut,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu