Social
157
0

Sebutan semula kes bunuh jurutera 2 Mac

Sepang – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 2 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes bunuh jurutera tapak pada Oktober tahun lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu selepas tertuduh,P Vijayan, 42, dibawa di hadapannya pagi tadi.

Sementara itu, peguam bela tertuduh, Datuk Sheelan Arjunan yang ditemui di luar mahkamah berkata, beliau membuat permohonan untuk tarikh sebutan berikutan hanya laporan asid deoksiribonukleik (DNA) yang sudah sedia manakala laporan bedah siasat, forensik serta kita masih belum diterima.

“Saya memaklumkan kepada mahkamah kes itu sudah tiga bulan berlaku dan laporan berkenaan perlu disegerakan,” katanya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nasharina Nazlan.

Pada 10 November lalu, Vijayan didakwa di mahkamah sama terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh K Seri Ganis Kanapathy Pillay, 42, di kawasan bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport Business Centre Kota Warisan, di sini, antara 2.38 hingga 4.50 pagi pada 28 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum mati mandatori.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu