Nation
394

Selangor dijangka beralih ke Fasa Dua PPN menjelang September : MB

Sepang – Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari menjangkakan negeri berkenaan akan memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang Ogos atau September seperti beberapa negeri lain sekiranya memenuhi beberapa parameter ditetapkan antaranya kadar pengambilan vaksinasi dalam kalangan dewasa mencecah 10 peratus.

Amirudin  berkata, parameter lain yang perlu diambil kira adalah mengenai kedudukan kes baharu Covid-19 dan kedudukan sistem kesihatan awam di negeri tersebut.

“Sebelum beralih ke fasa seterusnya, kita perlu lihat dari segi sistem kesihatan awam meliputi penggunaan katil, begitu juga di unit rawatan rapi (ICU) serta berapa banyak kadar vaksinasi sama ada sudah mencapai 10 peratus atau tidak sebelum Selangor boleh memasuki fasa dua PPN.

“Bagaimanapun, dilihat kini sistem kesihatan awam di Selangor masih lagi terhad dengan kes baharu Covid-19 yang melonjak tinggi dan berikutan situasi itu pengalihan fasa masih belum boleh dilakukan,” katanya selepas meninjau pelaksanaan PKPD bersasar di Taman Murni di sini hari ini.

Beliau berkata, sungguhpun demikian, pihaknya menjangkakan Selangor boleh memasuki fasa dua dan seterusnya pada bulan Ogos atau September nanti.

“Kalau kita berjaya lengkapkan dua minggu atau sebulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor, saya percaya pada bulan Ogos atau September nanti Selangor akan memasuki fasa dua dan tiga dengan pantas ditambah dengan kadar vaksinasi yang diterima,” jelasnya.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu