Nation
327

Selangor perlu laksana PKP : Amirudin

Shah Alam – Kerajaan negeri mengakui perlunya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengurangkan jumlah kes Covid-19 di Selangor.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, terdapat dua sebab utama pelaksanaan itu perlu dilakukan termasuk beberapa hospital di Selangor telah mencapai kapasiti menampung pesakit Covid-19 sehingga 70 peratus.

“Faktor kedua pula, kita dapati ada individu positif Covid-19 tidak kuarantin di rumah dan telah pergi ke tempat awam.

“Bagaimanapun, kita berharap sekiranya PKP dilaksanakan tidak melibatkan secara total seperti PKP 1.0 sehingga menutup sektor ekonomi memandangkan Selangor merupakan pusat ekonomi utama Malaysia,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) antara kerajaan Selangor dengan Open University Malaysia (OUM) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran di bawah Program Saringan Covid-19 di Komuniti.

Jelasnya, program itu akan dijalankan di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula di DUN Hulu Langat, Jumaat ini.

“Program itu akan dibuat secara berperingkat oleh pasukan Selangor Task Force Covid-19 (STFC) dan Selangor Task Force Operation (STFO) dengan maklumat perjalanan operasi di lokasi-lokasi boleh diperolehi menerusi Facebook rasmi saya atau STFC.

“Justeru, orang ramai ramai yang mempunyai gejala virus itu digesa menjalani ujian saringan apabila pasukan tersebut tiba di kawasan mereka,” katanya. – Kosmo Online

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu