Social
107

Selebriti, keluarga disiasat polis

Kuala Lumpur – Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan keluarga seorang selebriti dan usahawan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata satu laporan dibuat pada jam 10.25 malam tadi selepas tular video keluarga selebriti terbabit merakamkan detik meraikan Aidilfitri di sebuah rumah di Pinggiran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail.

“Hasil siasatan awal mendapati video tular berdurasi 26 saat ini dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti berkenaan.

“Video itu memaparkan ahli keluarga selebriti terbabit berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan 1 Syawal lalu dan video itu dikongsi netizen melalui Twitter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu katanya, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP PKP.

“Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular membabitkan keluarga selebriti ini.

“Sebarang aktiviti bertentangan SOP termasuk penyalahgunaan permit merentas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu