Nation
190

Semua jalan di sekitar pusat bandar & Bangsar dibuka semula

Kuala Lumpur – Semua jalan di sekitar pusat bandar dan Bangsar yang ditutup sejak jam 7 pagi tadi, kini dibuka semula untuk laluan awam selepas peserta himpunan #TangkapAzamBaki bersurai.

Polis mula membuka beberapa sekatan dan lencongan menuju ke Jalan Bangsar di sini sekitar jam 1 tengah hari tadi.

Ia sekali gus membolehkan kenderaan dari Jalan Maarof, Jalan Pantai Baharu, Jalan Travers serta susur keluar Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) kembali bergerak ke arah Jalan Bangsar.

Sebelum ini, polis membuat lencongan jalan membabitkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, ketika dihubungi berkata, enam jalan yang ditutup sekitar pusat bandar dibuka semula bermula jam 10.30 pagi.

Jalan yang ditutup di ibu negara sebelum ini ialah Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.

“Kita mendapati tiada himpunan dan insiden tidak diingini berlaku di kawasan berkenaan dan situasi terkawal,” katanya, lapor BH Online.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu