Social
6K

“Semuanya sudah ditukar” : Sajat

Kuala Lumpur – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mengakui dirinya adalah seorang ‘transgender’ atau ‘transwomen’ dalam sesi temu ramah di dalam prorgam ‘What’s Going On Malaysia?’ yang dihoskan pelawak tanah air, Harith Iskander semalam.

Malah Sajat mengakui dia tidak akan kembali kepada fitrah asal kerana telah menukar dirinya kepada perempuan.

“‘Everything is change already'(semuanya sudah ditukar),” katanya dalam temu ramah itu semalam.

Tambahnya lagi, Sajat mendakwa dia telah diraba semasa berada di dalam tahanan dan orang ramai pasti tidak akan faham dengan situasi yang sedang dilalui olehnya.

“Orang tak faham apa yang saya lalui dengan bentuk kekerasan, sentuhan, dan mereka juga cuba untuk meraba saya.

“Kalau saya dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan saya merupakan seorang ‘transwomen’ yang dah tukar semuanya, mesti saya rasa tidak selamat dalam penjara nanti.

Disebabkan kerana takut akan situasi yang bakal dihadapinya jika didapati bersalah dan Sajat telah memilih untuk melarikan diri sehingga ke Australia.

Terdahulu media melaporkan Sajat berasa takut jika didapati bersalah dan ditempatkan di dalam penjara lelaki kerana trauma akan situasi yang pernah dihadapinya sebelum itu, lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu