Nation
201
0

Senarai pengimport daging hanya boleh didedahkan selepas selesai kes mahkamah – Dr Zulkifli

Senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini hanya boleh didedahkan selepas selesai pendakwaan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah.
Itu kenyataan baharu yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau memaklumkan, perkara itu akan didedahkan mengikut ruang lingkup halal yang diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Insya-Allah tapi cuma, selepas pendakwaan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Terdahulu, selepas majlis pelepasan misi bantuan banjir, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di perkarangan Kompleks Islam, Putrajaya Zulkifli memberitahu, pendedahan itu akan dilakukan bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu halal.
Akhbar melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.
SPRM Johor sebelum ini menahan beberapa individu termasuk pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), pengarah syarikat dan ejen penghantaran kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia. – Astro Awani

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu