Social
120

Seorang lelaki tempatan dikhuatiri jatuh laut

Shah Alam – Seorang lelaki tempatan dikhuatiri telah jatuh ke dalam laut semasa dalam perjalanan balik ke Pulau Carey selepas menghantar pelanggan untuk memancing di Pulau Ketam semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata bot mangsa telah ditemukan berpusing-pusing di tengah laut tanpa penumpang.

Beliau berkata Hasmudin Anak Omar, 24, dikhuatiri terjatuh ke dalam laut kira-kira 0.1 batu nautika selatan Selat Mahang, Pulau Che Mat Zin.

“Mangsa dikatakan kali terakhir dilihat memakai baju berwarna putih dengan berseluar pendek warna kuning sebelum dilaporkan hilang di laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosli berkata sektor pencarian operasi mencari dan menyelamat hari ini merangkumi keluasan 114.58 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Pintu Gedung sehingga Perairan Pulau Carey.

Beliau berkata operasi tersebut dikoordinasikan Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru yang disambung pada jam 7 pagi tadi dengan mengatur gerak bot Maritim Pengawal 25 dan aset udara Maritim dan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin,Tentera Laut Diraja Malaysia serta Angkatan Pertahanan Malaysia.

Katanya Pangkalan Hadapan Carilamat juga telah ditubuhkan di jeti Pasukan Polis Marin, Selangor dan orang awam diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu