Social
203

Seorang maut, tiga cedera 2 tangki minyak mentah terbakar

Shah Alam – Seorang maut manakala tiga lagi cedera ringan apabila dua tangki minyak mentah terbakar di kilang Emery Oleo Chemical di Kawasan Industri Telok Panglima Garang hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.36 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Banting dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mengikut laporan, kebakaran itu menyaksikan dua tangka minyak mentah terbakar sebanyak 50 peratus dan terletak di kawasan berkeluasan 100×100 kaki persegi dalam kilang tersebut. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu