Social
505

Seorang penjenayah cedera ditembak, 3 lagi ditahan

Kuala Lumpur – Seorang lelaki, disyaki penjenayah cedera ditembak polis manakala tiga yang lain ditahan selepas dipercayai menyamun seorang lelaki di sebuah bank di Cheras di sini hari ini.

Kesemua mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita itu adalah warga asing, dipercayai dari Amerika Latin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kejadian dilaporkan pada pukul 1 tengah hari selepas keempat-empat warga asing terbabit melarikan diri dengan sebuah kereta dipercayai selepas menyamun.

Polis yang mendapat maklumat berhubung kejadian itu dapat mengesan kereta dinaiki warga asing terbabit dan mengejarnya sehingga ke Jalan Berhala, Brickfields di sini.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi menghalang suspek melepaskan diri dan mengenai seorang daripada suspek lelaki. Keempat-empat mereka berjaya ditahan di Jalan Berhala,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata susulan itu polis menemui semula wang tunai RM150,000 yang dipercayai disamun daripada lelaki di hadapan bank di Cheras itu.

Abd Jalil berkata modus operandi kumpulan itu adalah memancitkan tayar kereta mangsa terlebih dahulu sebelum menyamun mangsa yang keluar dari bank selepas mengeluarkan wang, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu