Social
535

Seorang suspek gaduh di Bangsar ditahan

Kuala Lumpur – Polis menahan seorang daripada lima lelaki dipercayai suspek yang terbabit dalam kejadian kes bunuh di Jalan Telawi, Bangsar, tengah malam kelmarin.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang semalam di Jalan 11, Selayang Baru, Batu Caves.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata hasil soal siasat dilakukan, suspek kemudian menunjukkan rumah suspek lain yang masih bebas.

“Susulan itu pasukan D9, Kuala Lumpur kemudian membuat serbuan ke atas rumah empat lagi suspek lain yang masih bebas, namun mereka dipercayai sudah melarikan diri.

“Pada masa ini, usaha memburu suspek yang masih bebas ini sedang giat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa seorang lelaki berusia 28 tahun mati selepas ditoreh dengan pisau dan ditikam dengan botol minuman keras ketika bergaduh dengan sekumpulan lelaki dipercayai bermotifkan dendam lama.

Seorang lagi lelaki berusia 30 tahun yang juga rakan mangsa, dilaporkan parah dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu