Nation
2K

Sesi Dewan Rakyat ditangguh susulan kenyataan Istana Negara

Kuala Lumpur – Persidangan hari keempat Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini ditangguh seketika kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini susulan kenyataan Istana Negara berhubung Proklamasi Darurat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mempengerusikan mesyuarat ketika itu membuat peraturan mengikut Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 12(2) bagi menangguhkan mesyuarat selama 15 minit sebelum kembali ke dalam dewan dan menempohkan sesi mesyuarat sehingga pukul 1 tengah hari.

“Saya membuat keputusan menempohkan mesyuarat ini sehingga pukul 1 tengah hari dan mesyuarat akan bersambung pada 2.30 petang,” katanya.

Terdahulu, sesi dewan kecoh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bangun menarik perhatian Ahli Dewan Rakyat mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dimuat naik di Facebook rasmi Istana Negara.

Dalam kenyatan Istana Negara itu, Seri Paduka menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen Isnin lepas bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Baginda, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu