Social
672

Sesi persekolahan dibenarkan hanya 2 jam

Jakarta – Sesi persekolahan secara bersemuka di bandar raya ini yang bermula hari ini sehingga 29 April depan hanya dibenarkan berlangsung selama dua jam sahaja.

Lapor Kompas.com, bilangan pelajar juga dihadkan hanya 16 orang dalam satu kelas serta dibahagikan kepada dua sesi iaitu dari pukul 7 hingga 9 pagi dan 10 hingga 12 tengah hari waktu tempatan.

Selain itu, hanya subjek teras seperti Matematik dan Bahasa Indonesia yang diajar, manakala, mata pelajaran lain diajar secara dalam talian.

Polisi itu selari dengan keputusan pihak kerajaan yang membenarkan sesi persekolahan berlangsung semasa pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, hanya sekolah terpilih di Jakarta sahaja yang dibenarkan melaksanakan sesi tersebut.

Ketua Pendidikan II, Jakarta Tengah, Uripasih berkata, setiap sekolah mesti melalui penilaian dan memenuhi kriteria ditetapkan seperti larangan membasuh tangan di sinki.

Katanya, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa untuk anak mereka menduduki sesi tersebut.

“Pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pelajar yang sakit semasa di sekolah.

“Sekiranya ada pelajar yang sakit, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah, sebaliknya perlu ke hospital atau pusat kesihatan terdekat,” katanya. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu