Nation
306

Sesi persekolahan penggal 3 bermula 2 Januari 2022

Kuala Lumpur – Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, sesi persekolahan bagi negeri di Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) pula adalah pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022.

“Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B,” katanya hari ini.

Menurutnya, Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman web KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim bermula hari ini.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu